Pernahkah
kamu memancing ikan? Kalau tak pernah memancing pernahkah kamu melihat
orang memancing? Kalau tak pernah pun, bolehkah kamu bayangkan seseorang
sedang memancing?
Baiklah, katakanlah kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing.
Tiba-tiba joran kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar pemutar tali pancing.
Sekali-sekala dia menghenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.
Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke darat. Kamu lihat pemancing itu
tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana
itu bermakna satu kemenangan.
Kamu turut gairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya.
Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air.
Eh, apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya,
tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan
sebarang persoalan.
Kamu rasa apakah yang akan di deritai oleh ikan itu?
Bolehkan ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang telah robek?
Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. Dengan
mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tidak dapat mencari
makanan, untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin
disisihkan oleh kawan-kawan kerana sudah tidak boleh aktif lagi.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga
hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja karena dia
akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat
melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu.
Sebab itu
apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam
tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, akan
ada pihak yang menangis.
Tentu kamu dapat bayangkan betapa
sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan
kembali ke air. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang
robek kerana mengingati seseorang.
Cinta adalah fitrah manusia.
ALLAH menjadikan cinta untuk memberi keseronokan kepada hamba-hamba-Nya
menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang
menderita karena cinta daripada yang berbahagia kerana cinta.
Kenapa jadi begitu?
Jika kamu sedang bercinta atau pun akan bercinta suatu hari nanti,
peliharalah hatinya dan jalanilah cinta kamu dengan kejujuran, kesucian
dan keikhlasan serta dasarkan cinta kamu karena ALLAH. Hanya cinta yang
begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya
menumpahkan air mata kesedihan.
Maka itu, jika kamu belum
bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dulu. Jika kamu belum
bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang
lain.
Sebab perbuatan yang seperti nech hanya menghabiskan
masa, memubazirkan airmata dan perbuatan kamu itu akan memulakan satu
derita.
Ingatlah, kita adalah apa yang kita usahakan. Jangan
sesekali memberikan harapan kepada orang lain, yang mana kita sendiri
pun tidak pasti akan kesudahannya. .. Jika hari ini kita melukakan
seseorang, suatu hari nanti kita pula akan dilukai seperti mana kita
pernah melukakan dahulu.
karena , Sesungguhnya setiap perbuatan itu akan ada balasannya.. .
Tidak ada komentar:
Posting Komentar